April 04, 2012

Syarat-syarat penginapan di D'Tasek Homestay

Salam & selamat sejahtera,

Setelah melalui beberapa pengalaman yang tidak begitu menyenangkan, kami telah bersetuju untuk mengenakan beberapa syarat baru kepada bakal penyewa homestay ini. Kami mohon anda dapat membaca dengan teliti dan memahami terma-terma yang ditetapkan semasa membuat urusan penyewaan. Syarat-syarat baru yang dikenakan adalah seperti berikut:

1. Kad Astro pakej minimum disediakan di penginapan kami. Atau anda boleh membawa kad Astro anda sendiri, tetapi Astro Beyond tidak disediakan. Bagaimanapun, untuk menggunakan pakej minimum yang kami sediakan, anda dikehendaki mengisi satu borang tentang maklumat tambahan yang kami perlukan.

2. Dilarang sama sekali menambah perkhidmatan Astro First dan lain-lain yang tidak termasuk dalam pakej Astro yang kami sediakan.

3. Bagi penginapan melebihi 1 malam, anda perlu membayar deposit dalam masa 2 hari sebelum tarikh check in bagi mengesahkan tempahan. Jika tidak, tempahan pada tarikh berkenaan akan terbatal secara automatik dan dibuka semula. Wang deposit tidak akan dikembalikan.

4. Dilarang sama sekali merokok di dalam homestay, samada di ruang tamu, dapur, tandas, atau bilik tidur. Caj tambahan akan dikenakan sewaktu check-out jika didapati melanggar syarat ini. Ruang merokok yang selesa telah disediakan di laman hadapan dan belakang homestay.

5. Dilarang sama sekali mengubah kedudukan & susunan perabot dan barangan dalam homestay tanpa mendapat keizinan pemilik homestay.

6. Dilarang sama sekali mengadakan sebarang majlis, keramaian atau jamuan di homestay ini. Caj tambahan satu malam lagi akan dikenakan sekiranya anda melanggar syarat ini.

Segala syarat yang dikenakan ini adalah bertujuan untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan para penghuni serta menjaga keselamatan harta benda pemilik homestay. Segala kesulitan amat dikesali.

Semoga Allah memberkati perjalanan anda ke Perlis dan menikmati penginapan yang selesa sepanjang menginap di D'Tasek Homestay :)